NADI MELUGU X E-SUKAN – KELAS MODUL 6: DISIPLIN MASA & KOMITMEN SEBAGAI PEMAIN
20 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniKelas bertajuk Modul 6: Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada para peserta yang terdiri daripada pemain e-sukan muda dan komuniti setempat.
Modul ini memberi penekanan terhadap kepentingan pengurusan masa yang berkesan serta tahap komitmen yang tinggi dalam membentuk pemain e-sukan yang berdisiplin dan profesional. Peserta didedahkan kepada teknik menyusun jadual latihan, mengimbangi masa antara pelajaran dan latihan, serta kepentingan mematuhi jadual dan peraturan pasukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: